SEMINAR Kecemerlangan PTK 2009


PKPU telah bekerjasama dengan Bhgn Pengurusan Sumber Manusia Jakim, Bhgn Latihan dan  ILIM dalam menganjurkan
Seminar Kecemerlangan PTK 2009. Seramai 240 orang peserta yang terdiri dari ahli-ahli PKPU dan pegawai dari Jabatan
Agama Islam Negeri (JAIN) seluruh negara telah mengikuti seminar  yang diadakan di Auditorium Masjid Putra, Putrajaya
pada 3 dan 4 November 2009.

Seminar ini bertujuan memberi pendedahan kepada pegawai-pegawai  Skim Perkhidmatan Hal Ehwal Islam Gred S44 dan S48
tentang kaedah baru pelaksanaan PTK iaitu Pusat Penilaian Kompetensi (PPK) yang menggantikan kaedah peperiksaan dan
berkursus, selaras dengan kehendak Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 19 Tahun 2008 : Pengubahsuaian Penilaian Tahap Kecekapan melalui satu slot taklimat selama satu jam yang disampaikan oleh KPP, Cwgn. Pembangunan Sumber Manusia, Puan Siti Nor binti Minu.

TKP Pengurusan                                
Encik Mohd Noor bin Abd Hamid                                                         Puan Siti Nor binti Minu

Seminar yang dirasmikan oleh Timb. Ketua Pengarah (Pengurusan), Encik Mohd Noor bin Abd Hamid ini sebenarnya lebih kepada untuk membekalkan maklumat dan pengetahuan kepada peserta  mengenai bidang-bidang generik yang telah digarap
semula secara rapi di dalam sukatan baru PTK memandangkan komponen ceramah tidak lagi dimasukkan dalam PTK dan
teknik penulisan berkualiti.

Dalam tempoh 2 hari tersebut, pegawai-pegawai telah mengikuti 7 slot ceramah yang disampaikan oleh Yang DiPertua PKPU iaitu En. Nordin bin Ibrahim, En. Paimuzi bin Yahya (Pengarah ILIM), En. Mohamad bin Saari (Pengarah Bahagian Penerbitan) dan Pn. Zawanah bin Mohammad (Timb Pengarah Darul Quran) serta 2 orang penceramah jemputan iaitu Encik Musaddik bin Abd Majid dari JPA dan Encik Saadon bin Othman dari INTAN.

 
Maklum balas memberangsangkan diterima daripada peserta.Penganjuran seterusnya ialah seminar berkenaan sebanyak 2
kali pada tahun 2010, melibatkan sasaran pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan ianya adalah mengikut
keperluan semasa.
Disediakan oleh : webmaster
Tarikh : 10-01-2010
Hits : 441