MEMORANDUM Persefahaman (MoU)



PKPU telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman dengan Cambodian Muslim Intelectual Alliance (CMIA) sempena lawatan wakil pertubuhan tersebut ke Malaysia pada 11 Jan 2010.

Memorandum Persefahaman tersebut antara lain berhubung kerjasama dalam bidang dakwah dan kebajikan dan ia bertujuan untuk memantapkan lagi jati diri umat Islam Kemboja dalam bidang keagamaan  khususnya menerusi aspek pendidikan.

Selain itu, ia juga menjadi pentas untuk kedua-dua pihak merapatkan ikatan persaudaraan muslim dan seterusnya menjana kemajuan ummah di kedua-dua negara.

Semoga langkah tersebut menjadi titik mula untuk membina jaringan kerjasama yang lebih erat pada masa depan.


Disediakan oleh : webmaster
Tarikh : 10-01-2010
Hits : 543