Bahaya Ajaran Sesat



Sejak akhir-akhir ini, kita menerima pelbagai kisah dan laporan yang berhubung dengan
ajaran sesat dan penyelewengan agama Islam untuk tujuan peribadi.

Kejadian ini berpunca daripada samada kurangnya ilmu agama, merasa diri sudah cukup ilmu dan terpengaruh
dengan individu yang memperkenalkan ajaran atau perubatan Islam tertentu.Akibatnya, akidah umat Islam makin
terpesong dan jauh daripada rahmat Allah.



PKPU dengan ini menasihatkan tuan/puan untuk menyampaikan mesej ini kepada saudara-mara dan
umat Islam melalui apa jua cara/wadah komunikasi yang berkesan :



AMALAN SIHAT
1.Menuntut ilmu /mengambil tahu berkaitan ilmu Akidah Islam.
2.Mengesyorkan kepada rakan-rakan bermasalah dengan kesihatan supaya menggunakan Perubatan Islam.
3.Menjemput penceramah/guru-guru agama yang mendapat tauliah sahaja.
4.Mempromosi amalan hidup sihat dan cara Islam sebagai cara hidup.
5.Mengimarahkan masjid sebagai pusat pembelajaran dan ibadat.
6.Hindari daripada melayari laman-laman web berkaitan agama Islam yang tidak disyorkan oleh JAKIM.
7.Rujuk terus kepada JAKIM ataupun PKPU.net bagi mendapat maklumat dan maklumbalas yang jelas mengenai
sesuatu ajaran dan perubatan Islam.[Sila Rujuk]


Email ini dijana oleh e-newsletter PKPU.net

e-forum | Daftar Kursus Kahwin Online | Wadah Komunikasi Berkesan Antara Ahli
http://www.pkpu.net

Maklumbalas juga boleh dibuat terus kepada email:
zakaria@islam.gov.my

Disediakan oleh : user
Tarikh : 16-02-2010
Hits : 406