PKPU Bertemu KP Jakim Bincang Isu Perkhidmatan PHEI


PKPU Bertemu KP Jakim Bincang Isu Perkhidmatan PHEI

Pada 3 Mac 2010, jam 6.30 petang bertempat di Pejabat Ketua Pengarah Jakim, beberapa Exco PKPU yang diketuai oleh Tuan Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim, Yang Dipertua, Tuan Haji Munir bin Md Salleh, Timbalan Yang Dipertua, Encik Ruslan bin Said, Exco Latihan dan Kerjaya serta Encik Zakaria bin Othman, Setiausaha telah mengadakan perbincangan bersama KP Jakim berhubung beberapa isu perkhidmatan PHEI.

Antara isu-isu yang dibangkitkan oleh PKPU semasa perbincangan tersebut ialah :

1.    Pengisian waran perjawatan baru yang telah diluluskan
2.    Isu Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) PHEI
3.    Isu pemangkuan dan kenaikan pangkat PHEI
4.    Isu prestasi dan tatalaku PHEI



KP Jakim dalam menjelaskan segala isu yang dibangkitkan telah memberikan reaksi positif terhadap segala usaha yang telah dilakukan oleh PKPU dalam membantu pihak pengurusan Jakim khususnya dalam isu-isu perkhidmatan PHEI. PKPU memahami dan berpuas hati terhadap segala langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak pengurusan Jakim dalam hal ini.

Dalam pada itu, PKPU turut mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Jakim kerana sejak akhir-akhir ini, kenaikan pangkat, pemangkuan dan soal kebajikan PHEI khususnya bagi kumpulan sokongan bergerak dengan lancar dan pantas.


PKPU dalam perjumpaan tersebut sempat juga memaklumkan perkembangan terkini program-program yang telah dirancang termasuk :

1.    Sambutan 30 Tahun PKPU
2.    Pejabat operasi baru PKPU di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin yang bakal beroperasi sedikit masa lagi
3.    Projek perniagaan dan pelaburan PKPU

Dalam pertemuan itu, KP Jakim turut mencadangkan kepada PKPU agar dapat melaksanakan tiga program iaitu :

1.    Pembelian bangunan khas PKPU
2.    Konvensyen PHEI seluruh Malaysia
3.    Kunjung hormat PKPU ke atas Y.B. Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Pertemuan berakhir sekitar jam 8.00 malam.

Laporan disediakan oleh : zakaria@islam.gov.my
Disediakan oleh : user
Tarikh : 04-03-2010
Hits : 406