Upacara Wakalah Qurban 1432H PKPU, JAKIM Di Kemboja


 

Yang Di Pertua Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama (PKPU), JAKIM, Jabatan Perdana Menteri; Tuan Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim menjelaskan bahawa Ibadah Qurban yang dianjurkan oleh PKPU di Kemboja pada tahun ini akan dilaksanakan dengan lebih teratur dengan terlaksananya upacara wakalah yang diadakan antara PKPU Jakim dengan Cambodian Intellectual Alliance (CMIA) di Phnom Penh pada 30 Oktober 2011 yang lalu.

 

 

Pada tahun ini PKPU bersama CMIA akan menyempurnakan ibadah kurban sebanyak  272 ekor yang disertai oleh kakitangan JAKIM dan masyarakat Islam dari Malaysia.

 

 

Turut serta dalam rombongan PKPU JAKIM ialah ahli-ahli Persatuan Intelektual Islam Malaysia UKM dan beberapa orang jemaah Surau Presint 8 Putrajaya serta Masjid Kampong Segambut Dalam, Kuala Lumpur.

 

Program ibadah ini akan diadakan di empat buah kampong di sekitar Phnom Penh iaitu Kampong Barain, Kampong Chrow Metri, Kampong Sain Chairy dan Kampong Prak Pra, iaitu kira-kira 40km daripada Phnom Penh, Cambodia.


Y.Bhg. Tuan Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim; YDP PKPU Jakim telah menyempurnakan akad wakalah perlaksanaan Qurban kepada Ustaz Mohd Farid Hosen; Pengarah Eksekutif CMIA di Pejabat CMIA di Phnom Penh.


Y.Bhg. Tuan Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim; YDP PKPU Jakim telah menyempurnakan akad wakalah perlaksanaan Qurban 10 ekor lembu kepada Ustaz Syafei; Imam Masjid Komuniti Masyarakat Cham dari Vietnam.



Disediakan oleh : user
Tarikh : 16-11-2010
Hits : 1518