Viralkan..

Ucapan Takziah Kepada Datuk Seri Jamil Khir Baharom



    Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama (PKPU) Jakim, mengucapkan takziah kepada Datuk Seri Jamil Khir Baharom kerana telah kehilangan ibunya yang meninggal dunia pada 6.45pagi 13 Jun 2012.

Ibu Datuk Seri Jamil Khir, Hasiah@Halijah Ahmad, 71, meninggal dunia akibat sakit tua di kediaman menteri itu di ibu negara, Setiausaha akhbar Datuk Seri Jamil Khir, Mejar Suleiman Moideen, berkata jenazah Hasiah yang meninggal dunia selepas Subuh ditempatkan di rumah Datuk Seri Jamil Khir di No 8, Jalan 5-12 C, Kg Batu Muda, Batu 4 1/2 Jalan Ipoh.

Jenazah disembahyangkan selepas solat Zohor di Masjid Saidina Hamzah dan dikebumikan di tanah perkuburan Raudahtul Sakinah, Kg Batu Muda.


Sekitar majlis tahlil yang diadakan pada sebelah malam di kediaman Datuk Seri Jamil Khir 

 








Disediakan oleh : user
Tarikh : 13-06-2012
Hits : 1175

Logo PKPU

PKPU telah memperkenalkan logo baru persatuan yang lebih ceria dan menampakkan imejnya sebagai sebuah persatuan yang berwibawa. Logo tersebut mengandungi tiga warna dan bentuknya sesuai untuk diterapkan dalam penerbitan dan cenderamata.

Penerangan Logo

Warna Biru - Melambangkan kedamaian dan kesejahteraan
Warna Kuning - Melambangkan KeAgongan Islam Sebagai Wadah Perjuangan
Bucu 8 Kaligrafi - Melambangkan Islam Sebagai Asas Perjuangan
Bucu 5 Kaligrafi kiri dan kanan- Melambangkan Setiap aktiviti berteraskan
Ilmu -Ilmu Islam

Quran - Sebagai Asas Rujukan Sepanjang Zaman