Majlis Pelancaran Ibadah Program Qurban dan wakaf Kemboja


Jumaat 27 Julai 2012 : Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama (PKPU), Jakim dengan kerjasama Cambodian Muslim Intellectual Allaince (CMIA) telah melancarkan Program Ibadah Qurban dan Wakaf di Kemboja. Program ini telah disokong sepenuhnya oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, melalui Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama (PKPU), Jakim.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Othman bin Mustapha iaitu Ketua Pengarah Jakim. Majlis ini berlansung di Sahn Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, Putrajaya. Turut hadir pada majlis pelancaran ini ialah Ketua Eksekutif CMIA iaitu saudara Farid Hosen. Majlis bermula pada pukul 11 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengahari dengan kenyataan media oleh Ketua Pengarah Jakim.

   

  

 












Disediakan oleh : user
Tarikh : 30-07-2012
Hits : 608